Monday 20 October 2014

ANUGERAH SERI ASRAMA TERBILANG (ASAT)


Anugerah Seri Asrama Terbilang (ASAT) telah berlangsung pada 15hb Oktober 2014, Rabu bertempat di Hotel Star City, Alor Setar, Kedah. Anugerah Seri Asrama Terbilang (ASAT) merupakan program induk Unit Asrama Harian, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia dalam usaha merealisasikan peranan dan fungsi asrama aebagai pusat kecemerlangan pendidikan serentak untuk memartabatkan asrama harian seluruh negara.  ASAT memberi penilaian kepada program dan aktiviti asrama yang berfokuskan pengurusan dan pentadbiran asrama,  pengurusan fizikal,pengurusan pelaksanaan aktiviti dan keceriaan asrama.