Program Budaya Tutup Asrama dijalankan pada 20 November 2014 yang lalu. Semua penghuni asrama diwajibkan membersihkan kamar masing-masing sebelum pergi ke sekolah pada pagi itu.
Objektif utama program Budaya Tutup Asrama ini diadakan adalah bertujuan untuk melahirkan penghuni asrama yang bertanggungjawab, berdisiplin, amanah dan patuh kepada arahan.
Melalui program Budaya Tutup Asrama ini, terdapat kebaikan utama yang dapat diserapkan ke dalam diri pelajar iaitu dapat melahirkan semangat kerjasama, bergotong-royong dan cintakan kebersihan.
Dapat dirumuskan bahawa, program Budaya Tutup Asrama ini, secara keseluruhan berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang.
TARIKH : 20 NOVEMBER 2014
MASA : 7.30 PAGI
Persediaan pelajar-pelajar untuk pulang ke rumah masing-masing
Pelajar mengumpulkan beg di Dewan As-Syakirin
Pelajar bersalaman dengan PK HEM, Puan Jaliah Bt Juewani
TAHUN HADAPAN JUMPA LAGI =)